seLamaT daTang:


anda berada daLam z0n
Legasi mykaryacipta...
terima kasih.

Jumaat, 9 Julai 2010

di sisiku

:.
diriku ini kehausan di rundung duka.,
siang atau malam,
tiada beza Lagi bagiku...
daLam kegeLapan kau hadir sebagai cahaya,
menyambut tanganku di tebing curam..
dan geLitaku kini di suLuh sinar...

kau keringkan keLopak mataku,
kau hiLangkan keresahan jiwaku,
kau pegang erat tanganku yang kaku kedinginan.

biLa ku tersesat arah tuju;
kau tunjukkan jaLan pulang...
kau berikan ku harapan dan kembaLikan keyakinanku
untuk berdiri semula...
di matamu ku Lihat syurga untukku...

kau berikan ku sayap untuk terbang ke awan,
kau di sisiku,
bila ku perLukanmu...
dan berikanku perlindungan...
kauLah teman untuk mengaLih beban rasa,
dan kekaLutan di fikiran...

kau adaLah intan antara kaca berderai,
kau adaLah mutiara antara pasir di pantai...
kau adaLah buLan antara bintang berjurai,

daLam kegeLapan kau hadir sebagai cahaya,
menyambut tanganku di tebing curam..
kau di sisiku,
bila ku perLukanmu...

selamanya,
kau di sisiku...


mykaryacipta:
adam kipp

aku dan hidupku

:.
daLam sepi jauhnya sebuah perjaLanan,
ku jeLajah hidup yang penuh Likuan,
ku di amanahkan satu perjuangan,
biarpun kepayahan,
ku terima dengan kekuatan,
ku kerah segala kudrat yang tersimpan,
yang terbaik ku persembahkan...

kadang sakit ditimpakan,
kadang teman tidak sehaLuan,
kadang cinta bertepuk sebeLah tangan,
kadang aku diLupakan,
kadang aku tersiLap haLuan,
kadang aku tersaLah memilih kawan,
kadang aku tersesat di persimpangan,
kadang tidak semua impian dikabuLkan...

ini adaLah ujian,
demi mengukuhkan keteguhan iman...

ku tetap sabar mencari kemanisan,
di baLik ceLah kepahitan,
jatuh bangunku; seLayaknya tuhan tentukan...

innaLLaha ma'as sabirin...


mykaryacipta;
adam kipp

Khamis, 20 Mei 2010

cinta kasih dan sayang

Hidup tanpa cinta ibarat kopi tanpa guLa
Kepahitan yang dirasa memberi penuh Luka.

Hidup tanpa kekasih ibarat daun kering tersisih
Dibuai angin LaLu, teda arah tuju.

Hidup tanpa disayangi ibarat Langit muram
Tidak ditemani bintang menghiasi dada maLam.

Apa yang berLaku
Suratan…
Ketentuan takdir, tersirat hikmahnya.
Sesungguhnya cinta, kasih dan sayang ini
adaLah miLik tuhan.
Kita hanya meminjam untuk merasa nikmatnya,
daLam meniti usia
jaLani hidup di atas dunia.

SAHABAT GENG KUMORUHANG AMBALUT

SAHABAT;
aku meLihat keLibatmu dengan mata hatiku
aku mendengarmu dari suara batinmu
aku memahamimu dari apa yang kau tunjukkan untuk aku fahami

aku mengenaLimu meLaLui satu nama
aku mendekatimu meLaLui satu perkongsian
aku menghargaimu meLaLui satu keikhLasan
aku mengingatimu meLaLui satu keindahan
aku bersengketa denganmu kerana satu kesiLapan
aku terus menjadi sahabat kerana kemaafan darimu
aku menyayangimu kerana ALLAH.

GENG;
kamek nanga uLah kitak makey mata hati kamek
kamek nengar kitak dari sowa batin kitak
kamek pahami kitak dari apa nok kitak tunjukkan agar kamek paham

kamek ngenaL kitak meLaLui sigek perkongsian
kamek hargai kitak meLaLui sigek keikhLasan
kamek ngingat kitak meLaLui sigek keindahan
kamek kLaie ngan kitak gara sigek kesiLapan
kamek tewus jadi geng gara kemaapan dari kitak
kamek nyayang kitk gara TUHAN

Ahad, 16 Mei 2010

bengkaLai

Mengapa begini akhirnya..
persahabatan yang di jaLin,
ku kira dengan keikhLasan tetapi ada yang mungkiri,
kerna 1 persengketaan.
ku kira akan ada pendamaian pasti,
tapi semua berLaLu pergi membawa diri.
dan aku ditinggalkan sendirian patah hati.
terpinga-pinga untuk mengerti apa yang terjadi.
dan diriku dibiar sepi Lagi...
persahabatan yang ku kira dapat dipanjangkan,
titiknya, mereka noktahkan di sini,
menjadi bengkaLai.


semua yang berLaku membuatku kesaL.
mungkin aku bukan seorang sahabat
yang terbaik untuk dianggap.
bukan juga yang terbaik untuk dikenang,
sehingga mudah aku diLupakan.


ada, tiadanya aku.
sudah tiada beza.
biLa aku tak Lagi penting daLam hidup mereka.


mykC;
adam kipp

Rabu, 21 April 2010

kurniakan "Dia"

tuhan,
aku perLu teman,
kurniakan "Dia" yang sejati,
ikhLas menerima diri ini...

tuhan,
aku perLu teman,
kurniakan "Dia" yang sejati,
di waktu sarat keLuh di hati...

tuhan,
aku perLu teman,
kurniakan "dia" yang sejati,
seLaLu berdamping di sisi...

tuhan,
hambaMu ini memohon,
tidak terpikuL sudah
olehku sendiri...

kurniakan "Dia"
kurniakan "Dia"
kurnaikan "Dia" yang sejati.


myKC:
kipP

Isnin, 12 April 2010

CINTA...


cinta bagaikan kopi tenom,
nikmatnya serasi bersama,
semanis guLa dan susu,
aromanya menusuk kaLbu sang semut..

cinta itu kekuatan,
seteguh cengkaman gunung kinabalu,
brtunjang mengikat pada paksi bumi,
tersergam mencakar Langit..

cinta adaLah syurga,
seindah pemandangan puLau sipadan,
setenang kocakan air berLari,
memberi kedamaian hati.

myKC:
EVA BrENda & kipP

Lara Pencinta ; 6user myLIFE...


maia;
jika ku Luahkan isi hati,
akan ketawakah kau padaku?
jika ku lafazkan cinta,
terimakah kau akan diriku?

amKipPa:
mungkin juga,
aku hanya bertepuk sebeLah tangan?
akan berbunyikah?
atau nanti aku jadi malu sendiri.

meLodyCinta;
mungkinkah dapat kau bisikkan,
kata indah pengubat Lara
agar tak kuLemas sendiri
daLam meLayari danau kasih ini.

1186;
mengapa mesti merindu?
adakah itu cinta?
ceritanya muLa berputik,
adakah itu adaLah sayangnya?

putera76;
jika itu adaLah sayangnya,
mengapa haru disakiti?
jika itu adaLah rindunya,
mengapa tinggaLkan ku sendiri?

feLisyah:
ku takkan berhenti mencinta,
kupu-kupu sayangku akan mengek0rimu,
harum kasihku di ruang eg0mu.

myKC;
ML USER..

Sabtu, 10 April 2010

akuLah wiRa


daerah ini ku jejak kembaLi..
meninggaLKan semaLam yang keLam.
berLari menuju ke hadapan,
menggerakkan daya sepenuh upaya.

ekspedisiku menjeLajah mimpi,
terjemahkan d0ngeng mejadi nyata,
keterbatasan diriku bukan penghaLang.
semangatku menggesa,
jasadku menderu
bergema suara takdir,
bangkit tegak berdiri..

aku ter0kai kemampuan diri,
serakkan kuasaku ke segenap ruang,
sebarkan mahuku ke setiap peLusuk,
khabarkan adanya aku di sini.

misi jangan menjadi bengkaLai,
ku rempuh badai,
duniaku tawan,
Laungkan AKULAH WIRA.

myKC:
kipP

diriku yang baru


hari ini,
kakiku meLangkah,
meLawan kebaLnya cabaran,
meLayari bijaknya hidup,
mengikut gerak hati.

ekspedisi ini memberi inspirasi,
ilham mereaLisasikan mimpi,
menyusuri kerasnya batuan k0nkri,
meredah bingitnya ritma meLodi.
berani berimaginasi.

apa yang terjadi,
pengaLaman beerti,
menghembus semangat,
menyerLahkan kuasaku yang sebenar.
eksperimentasi muzik,
mengekspresi pers0naLiti
diriku yang terkini.
menjeLmakan DIRIKU YANG BARU

myKC: kipP